Monday, October 4, 2010

MINGGU 7 REFLEKSI JURNAL

KERONCONG

Kumpulan pertama telah membentangkan tentang Seni muzik keroncong mula diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 apabila ramai pekerja buruh dari Indonesia terutama dari Pulau Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa, tidak ketinggalan juga membawa bersama kesenian mereka termasuk seni muzik gamelan, keroncong, muzik untuk wayang kulit, kuda kepang, barongan, hamdulok, katoperak, silat dan sebagainya. Kawasan-kawasan yang banyak terdapat kegiatan muzik keroncong adalah di tempat-tempat di mana terdapat ramai orang Jawa dan keturunannya seperti di negeri Johor, di pantai barat negeri Selangor dan Perak. Pada mulanya lagu-lagu keroncong yang dimainkan oleh orang tempatan adalah lagu-lagu yang berasal dari Indonesia. Akan tetapi lama-kelamaan, selepas Perang Dunia Kedua, ada pencipta lagu tempatan yang mencipta lagu-lagu keroncong bercorak Melayu seperti Zubir Said, Ahmad Jaafar, P. Ramlee, Mohd. Wan Yet, Johar Bahar, Sudar Mohammad, Zainal Ibrahim dan pada akhir-akhir ini Mahzan Manan dan Ariff Ahmad.







KUDA KEPANG







Kuda kepang merupakan kuda yang dianyam. Rupanya nama 'kuda kepang' mempunyai nama yang telah mewakili kuda yang dipersembahkan. Pembentangan ahli kumpulan kuda kepang adalah menarik kerana mempunyai latar belakang yang cantik dan ahli yang bekerjasama untuk menjawab soalan yang ditujukan. Setahu saya, kuda kepang adalah menggunakan roh untuk memasuki badan penari tetapi tujuannya tidak begitu jelas. Namun hari ini telah menyedarkan rupanya mereka mempersembahkan kuda kepang untuk upacara pemujaan dan membersihkan desa dari roh-roh jahat.

Kedua-dua kumpulan menunjukkan hasil pembentangan yang sangat menarik.
Teruskan Membaca...

Monday, August 23, 2010

MINGGU 6 REFLEKSI JURNAL

Assalamualaikum w.t.b dan salam sejahtera kepada semua. Hari ini saya akan menceritakan dua lagi alat tradisional yang baru sahaja saya pelajari dalam kursus muzik tradisional pada minggu lepas. Saya akan menerangkan serba sedikit tentang makyung dan kompang.

MAKYUNG


Pengenalan

Makyung merupakan satu tarian Melayu yang begitu unik dan halus sifatnya. Ia merupakan satu kombinasi dari unsur-unsur tarian, muzik, drama dan komedi yang dipentaskan secara teater keliling. Pelakonnya terdiri daripada gadis-gadis muda dan jelita yang mengambil semua peranan lelaki dan perempuan kecuali watak-watak komedi atau 'peran'. Lahirnya keadaan begini kerana makyung merupakan hiburan bagi permaisuri-permaisuri dan puteriputeri raja.

Oleh kerana bimbang sekiranya mereka ini jatuh hati kepada pelakon-pelakon makyung semasa raja atau pembesar-pembesar meninggalkan istana untuk menjaga keselamatan negeri dan Iain-Iain tugas di luar istana maka pelakonnya terdiri daripada perempuan belaka. Makyung lahir di istana Melayu Patani kira-kira 400 tahun yang lampau dan kemudian tersebar ke negeri di Timur Semenanjung, terutamanya Kelantan.

Kita tidak dapat mempastikan dari mana asal perkataan makyung atau erti sebenarnya perkataan itu. Besar kemungkinan ia berasal dari satu upacara pemujaan roh-roh; dan mak Inang atau roh ibu yang juga roh padi. Dalam persembahan makyung dia mungkin berlagak seperti perantaraan mewakili raja dan rakyatnya bagi tujuan meminta sesuatu. Pada permulaan persembahan makyung, seorang bomoh bertindak sebagai Syaman atau orang perantaraan akan hadir.

Kumpulan Muzik Makyung yang lengkap mengandungi alat-alat

1. Tawak atau Gong

Tawak ibu, yang lebih besar daripada tawak anak, diperbuat daripada tembaga. Bunyian tawak ibu lebih rendah daripada bunyian tawak anak. Kedua-duanya digantung dan dipisahkan oleh dua batang kayu yang dinamakan mengembang. Pemukulnya diperbuat daripada kayu yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah.

2. Gendang Ibu dan Gendang Anak

Kedua-duanya berbeza dari segi saiz dan bunyi. Muka besar ditutup dengan belulang lembu manakala muka kecil ditutup dengan kulit kambing.

3. Canang

Canang anak dan ibu diperbuat daripada tembaga. Perbezaan antara dua canang ini akan hanya dapat dikesan melalui bunyi yang dihasilkan oleh alat muzik tersebut.

4. Kesi

Kesi mempunyai dua bahagian, piring dan kicah (empat piring dan dua kicah) yang diperbuat daripada besi.

5. Serunai

Serunai mempunyai empat bahagian, iaitu pipit, mali, batang dan copong. Tiap-tiap bahagian ini boleh dipisahkan.

6. Rebab

Rebab mempunyai tiga bahagian iaitu pucuk rebung, batang dan muka. Tempurung muka diperbuat daripada kayu nangka atau sena dan ditutup dengan kulit perut lembu.

Pergerakan asas bagi tarian makyung

Satu unsur penting dalam makyung selain daripada muzik dan dialog ialah tarian yang digunakan dalam keseluruhan persembahan. Tarian makyung juga sama seperti tarian melayu yang lain iaitu menegaskan kepada pergerakan tangan. Posisi tangan ini apabila dicantumkan dengan pergerakan badan, kepala dan kaki membentuk tarian makyung seperti
berikut:

1. Duduk atas tumit, tangan sembah guru

2. Tangan susun sirih

3. Tangan gajah lambung belalai

4. Tangan burung terbang

5. Tangan ular sawa mengorak lingkaran

6. Tangan seludang menolak mayang

7. Tangan sulur memain angi

8. Tangan liuk kiri longlai ke kanan

9. Berdiri tapak tiga mengadap timur jaga

10. Tangan sirih layer

11. Kirat penghabisan

12. Langkah turun dari kayangan

13. Langkah naik ke kayangan

14. Pak Yung berjalan

KOMPANG



Pengenalan

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menengangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.

Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'cak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.

Fungsi

Persembahan kompang ini mempunyai pelbagai fungsi dan peranan. Pada asasnya, ia bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara. Sungguhpun demikian, fungsi permainan ini turut mengalami perkembangan mengikut masa. Antara fungsi permainan kompang ialah;

1. Mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara ensemble (nasyid, marhaban)

2. Mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam Quran, dan upacara rasmi yang melibatkan pembesar

3. Menjadi elemen permainan ensembel lain seperti orkestra, lagu etnik kreatif, cak lempong, cak lempong pacik dan gamelan.

4. Untuk merangsang semangat pasukan yang bertanding, contohnya pasukan bola sepak bagi memeriahkan acara sukan serta membuat gimik sorakan.

5. Pertandingan – paluan kompang dan kompang formasi

6. Permainan kompang biasanya dapat dilihat dan dimainkan oleh persatuan atau kumpulan dalam sesebuah kampung, sekolah-sekolah, pusat pengajian tinggi, yayasan kesenian negeri, serta institusi-institusi kerajaan bagi mengekalkan keaslian permainan muzik tradisional Melayu. Persembahan kompang diketuai oleh seorang pemimpin. Tugas pemimpin ialah untuk memulakan dan menamatkan sesuatu permainan dengan arahan atau lakuan tertentu.

Secara kesimpulannya, saya sangat berminat dengan subjek ini. Walaupun pada mulanya saya beranggapan bahawa subjek ini rumit tetapi setelah mengetahui cara pembelajarannya, rasa ingin tahu dalam diri saya sentiasa menanti-nanti apakah alat muzik tradisional lain yang akan saya pelajari.
Teruskan Membaca...

Monday, August 16, 2010

MINGGU 5 REFLEKSI JURNAL

assalamualaikum w.t.b. pada minggu ini saya telah mempelajari satu lagu jenis kesenian tradisional iaitu gamelan dan caklempong. pembelajaran minggu ini banyak menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya tentang gamelan dan caklempong. walaupun sebelum ini saya pernah memaikan alatan dalam gamelan dan caklempong, tetapi saya tidak berkempatan untuk mempelajari kesenian ini dengan lebih mendalam lagi. di sini saya akan menceritakan serba sedikit tentang sejarah kemasukan gamelan ke tanah melayu dan jenis alatan muziknya.

Sejarah Kemasukan Gamelan

Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan.

Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.

Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan.

Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri.

Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Trg yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".

Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.

Pengenalan alat muzik gamelan melayu

Ensemble Gamelan Melayu terdiri daripada 7 alat utama:

1. Bonang

Dikenali juga sebagai Keromong. Diistilahkan sebagai gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu'. Merupakan alat melodi utama. Mengandungi 2 oktafyang berlaras "anhemitomik pentatonik" dan disongsangkan.Secara fizikalnya alat ini mempunyai bentuk seperti kendi dan sifat bunyinya "dengung". Dalam bahasa jawa bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagai "Wedok" manakala yang beroktaf tinggi dikenali sebagai "Lanang".Ianya menggunakan sistem notasi angka yang dikenali sebagai "French Cheve System" sempena nama pengasasnya iaitu Dr Emile Cheve dari Peranchis.

2. Gambang

Terdiri daripada bilah-bilah kayu yang disusun mengikut pic yang diatur diatas kotak kayu yang berfungsi sebagi Kotak Gema (resonator). Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong yang dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi yang lebih mantap. Ia mengandungi beberapa oktafyang dijadikan sebagai alat melodi.Menggunakan 2bilah alat pemukul khas bagi menghasilkan bunyi.

3. Saron Pekin

Dikenali juga sebagi saron penerus. Seabagai alat melodi yang menggandakan melodi pokok.Dalam permainan ini teknik perdam dan cincang sering digunakan dan mampu menghasilkan suara yang lantang dan nyaring. Alat pemukul diperbuat daripada tanduk kerbau.

4. Saron Barong

Mempunyai bentuk yang hampir sama dengan saron penerus. Juga berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan cincang. Alat pemukul diperbuat dari jenis kayu yang lembut.

5. Kenong.

Diperbuat daripada perunggu dan sebagai alat kolotomik yang dominan dalam rangkaian Gamelan Melayu di Malaysia.

6. Gendang

Berperanan sebagai peyokong irama. Merupakan jenis gendang dua muka seperti tempayan. Ia dipukul dengan kedua belah tangan dan mampu menghasilkan suaramnemonik asas seperti "doh" pada permukaan besar dan mnemonik "tak'pada permukaan kecil.

7. Gong

Dalam Ens Muzik Gamelan Melayu terdapat 2 buah gong digunakan iaitu gong Agung dan gong Suwukan.

Sejarah Kemasukan caklempong

Muzik tradisional caklempong dibawa ke Malaysia oleh orang-orang Minangkabau yang menetap di Negeri Sembilan seawal abad ke-14'. Semenjak dari itu, tradisi caklempong yang berkembang di Malaysia terus mendapat pengaruh daripada tradisi Minangkabau di Surnatera. Dahulunya, caklempong bukan sahaja dimainkan sebagai hiburan kepada masyarakat umum tetapi juga semasa istiadat penabalan sultan. Hari ini caklempong dimainkan untuk pelbagai upacara termasuklah upacara rasmi negeri dan perayaan kebudayaan seperti upacara perkahwinan.

Muzlk caklempong juga turut mengiringi pencak silat, tarian lilin, tarian piring dan tafian inai. Muzik ini juga terdapat dalarn drama tari randai. Dalarn sesebuah persembahan randai yang biasa dipersembahkan suatu masa rehat diberi kepada ahli kumpulan persembahan untuk mereka berehat. Pada kebiasaannya, jangka masa ini diisikan dengan lawak jenaka atau persembahan ensembel caklempong untuk mengekalkan perhatian para penonton.

Caklempong adalah alat muzik tradisional dari keluarga ideofon yang menggunakan skel diatonik. . Kini, caklempong ialah muzik tradisional warisan bangsa kebanggaan negara kita. Caklempong dimainkan melalui 3 jenis posisi iaitu, Cara Tegak - Bermain secara berdiri dimana bonang diletakkan di dalam tepak berkaki, Cara Duduk - Bermain sambil bersila tanpa tepak berkaki dan Pacik - Bermain sambil berjalan atau berarak seperti bermain kompang. Sebarang lagu kesukaan mana-mana daerah di Malaysia dan juga lagu masa kini boleh dimainkan mengikut rentak Caklempong.

Untuk majlis perasmian ,Caklempong selalunya digunakan sebagai muzik iringan di dalam sesuatu pertunjukkan silat atau tarian. Ianya digunakan juga di dalam majlis Diraja seperti istiadat pertabalan dan juga majlis keraian korporat. Di dalam majlis perkahwinan pula, Caklempong dipersembahkan untuk memeriahkan lagi upacara persandingan pengantin. Di dalam tradisi dahulukala, muzik tradisional seperti Caklempong memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian mereka. Selain daripada sumber hiburan, muzik ini juga dapat menyatupadukan masyarakat dan penduduk setempat.


Pengenalan alat muzik caklempong

1. Gereteh

Caklempong Gereteh terdiri daripada 15 biji bonang yang disusun dalam nada C Major satu oktaf, termasuk 7 not pilihan. Seelok-eloknya satu Ensembel Caklempong mempunyai dua set Gereteh supaya Gereteh yang kedua dapat memainkan kaunter melodi.

2. sauwa / tingkah

Caklempong Sauwa mempunyai lapan biji bonang. Bentuknya sama sahaja dengan Caklempong Tingkah. Bonang Sauwa diketuk mengikut corak irama ostinato dan bergerak mengikut kod melodi. Corak irama ostinato yang sesuai hendaklah terlebih dahulu diajarkan kepada pemain Sauwa. Notasi Caklempong Tingkah dan Sauwa tidak disediakan, hanya kod blok sahaja disediakan. Notasi untuk Sauwa bermula dari not E rendah (satu oktaf di bawah notasi Gereteh). Tingkah pula terdiri daripada lapan biji bonang yang bermula dari not E, F, G, A, Bb, B, C dan D. Permainan bonang tingkah banyak tertumpu kepada pengawalan rentak dan menghasilkan irama mengikut pukulan gendang. Ketukannya hanya melalu dan mudah dimainkan.


3. Gendang ibu dan gendang anak

Gendang mempunyai dua saiz. Gendang ibu lebih kurang 2 sentimeter lebih besar daripada gendang anak. Baluh berbentuk cembung dan dua muka kulit gendang diperbuat daripada kulit kambing atau lembu yang diikat pada baluh dengan tali. Muka kulit gendang dipukul dengan tangan oleh dua orang pemain untuk menghasilkan rentak terhasil (resultant rhythmic pattern) melalui teknik permainan bertingkah


4. Bangsi dan serunai

Serunai, Pupuik. Alat muzik erofon yang terdapat dalam ensembel caklempong tradisional sama ada bangsi (berbentuk rekorder, lebih kurang 17 sentimeter panjang) atau serunai (paip pelidah), atau pupuik (alat tiupan jenis pelidah daripada golongan daun kelapa. Bangsi diperbuat daripada buluh dengan 7 lubang jari yang dapat menghasilkan skel 7 pic yang berpadanan dengan nada gereteh caklempong.Serunai diperbuat daripada sebatang buluh yang kecil yang panjangnya lebih kurang 17 sentimeter. Di samping itu sebuah paip buluh yang lebih kecil berukuran 6 sentimeter dan mempunyai pelidah dimasukkan ke dalam hujung serunai. Serunai mempunyai 4 lubang jari dan menghasilkan muzik berasaskan skel pentatonik.

Teruskan Membaca...

Tuesday, August 3, 2010

MINGGU 4 REFLEKSI JURNAL

Asalamualaikum w.t.b dan salam sejahtera, minggu ini saya telah mempelajari satu topik yang sangat saya gemari. walaupun saya berasal dari sabah, tetapi seni wayang kulit merupakan seni yang saya sangat minati.

WAYANG adalah salah satu puncak seni budaya bangsa Indonesia yang paling menonjol di antara banyak karya budaya lainnya. Budaya wayang meliputi seni peran, seni suara, seni musik, seni tutur, seni sastra, seni lukis, seni pahat, dan juga seni perlambang. Budaya wayang, yang terus berkembang dari zaman ke zaman, juga merupakan media penerangan, dakwah, pendidikan, hiburan, pemahaman filsafat, serta hiburan.

Menurut penelitian para ahli sejarah kebudayaan, budaya wayang merupakan budaya asli Indonesia, khususnya di Pulau Jawa. Keberadaan wayang sudah berabad-abad sebelum agama Hindu masuk ke Pulau Jawa. Walaupun cerita wayang yang populer di masyarakat masa kini merupakan adaptasi dari karya sastra India, yaitu Ramayana dan Mahabarata. Kedua induk cerita itu dalam pewayangan banyak mengalami pengubahan dan penambahan untuk menyesuaikannya dengan falsafah asli Indonesia.

Penyesuaian konsep filsafat ini juga menyangkut pada pandangan filosofis masyarakat Jawa terhadap kedudukan para dewa dalam pewayangan. Para dewa dalam pewayangan bukan lagi merupakan sesuatu yang bebas dari salah, melainkan seperti juga makhluk Tuhan lainnya, kadang-kadang bertindak keliru, dan bisa jadi khilaf. Hadirnya tokoh panakawan dalam_ pewayangan sengaja diciptakan para budayawan In donesia (tepatnya budayawan Jawa) untuk mem perkuat konsep filsafat bahwa di dunia ini tidak ada makhluk yang benar-benar baik, dan yang benar-benar jahat.

Setiap makhluk selalu menyandang unsur kebaikan dan kejahatan.
Dalam disertasinya berjudul Bijdrage tot de Kennis van het Javaansche Tooneel (1897), ahli sejarah kebudayaan Belanda Dr. GA.J. Hazeau menunjukkan keyakinannya bahwa wayang merupakan pertunjukan asli Jawa. Pengertian wayang dalam disertasi Dr. Hazeau itu adalah walulang inukir (kulit yang diukir) dan dilihat bayangannya pada kelir. Dengan demikian, wayang yang dimaksud tentunya adalah Wayang Kulit seperti yang kita kenal sekarang.








Di negara kita Malaysia ada terdapat empat jenis wayang kulit kesemuanya iaitu wayang kulit kelantan, wayang kulit melayu, wayang kulit gedek dan wayang kulit purwa.

1. Wayang Kulit Kelantan - Wayang kulit jenis ini juga di kenali sebagi wayang siam, kerana negeri kelantan pada suatu masa dulu di bawah naungan patani dan patani ni di percayai menjadi pusat kesenian yang terdapat makyung, menora dan wayang kulit. Cerita wayang kulit kelantan kebanyakannya adalah saduran dari epik ramayana versi thai. se orang dalang perempuan berbangsa thai bernama mak eghak adalah di anggap orang yang pertama mendalang dalam wayang jenis ini di kelantan. Patung2 wayangnya juga terutama patung Sri Rama dan Laksemana adalah lebih mirip ke arah pakaian tradisional orang selatan thai. Itulah juga makanya wayang tersebut di sebut sebagai wayang siam





Alat muzik yang di gunakan dalam permainan wayang kulit kelantan ini ialah:

- Tetawak (gong) - 2 biji (ibu dan anak)

- Canang - 1 pasang (ibu dan anak)

- Kesi - 2 pasang (penahan dan pengicah)

- Gedang - 2 biji (ibu dan anak)

- Geduk - 2 biji (ibu dan anak)

- Gedombak - 2 biji (Peningkah dan pembawa)

- Mong - 1 biji (Sebagai alat tambahan sahaja, bagaimana pun mustahak

juga jika di kehendaki memainkan lagu2 tertentu).

- Serunai - 2 batang (Serunai besar dan serunai nyanyi)

- Pemetek - 1 buah (Alat ini di guna sebagai mengganti suara perintah

dalang dan sebagai alat bantu kesan bunyi).


2. Wayang Melayu - Wayang kulit melayu ini di mainkan oleh orang kita di kelantan, trengganu, kedah dan patani. Cerita yang di lakonkan juga adalah dari epik Mahabharata (Padawa Lima) dan Ramayana, yang terbanyak sekali adalah dari hikayat Panji. Patung wayang kulit jenis ini lebih mirip kepada patung wayang purwa tetapi terdapat beberapa pengubahsuaian menjadi hampir kepada patung wayang gedog.





Alat muziknya terdiri dari:

- Gong - 2 buah (Setaraf dgn bunyi kempul dlm gamelan jawa).

- Canang - 6 biji (Di sebut juga sebagai kelenangan)

- Mong - 1 biji

- Kesi - 3 pasang (2 set penahan dan 1 set pengicah)

- Gendang - 2 biji (Ibu dan anak)

- Rebab - 1 batang (Bertali dua)


3. Wayang Gedek - Wayang ini biasanya di mainkan oleh orang2 siam. Di negeri kedah wayang gedek ini di mainkan oleh orang melayu dengan memakai loghat utara. Cerita2 yang selalu dibawanya ialah cerita2 yang bercampur dari hikayat lama dan cerita tanggaman yg baru seperti cerita awang kudis buta. Kalau zaman dahulu ada juga di mainkan cerita dalam hikayat ramayana seperti Phra lak. Patung wayangnya bersaiz kecil kebanyakannya mempunyai pandangan muka pada posisi depan.





Alat2 muziknya pula terdiri daripada:

- Serunai - 1 batang (kalau di negeri kedah serunai yg di gunakan ialah

jenis serunai tempatan)

- Geduk - 1 buah (Klong that)

- Gedombak - 2 buah (Thon)

- Canang - 2 biji

- kesi kecil - 1 pasang (Cing)


4. Wayang Purwa - Wayang purwa ini biasanya di mainkan oleh orang2 kita yang berketurunan jawa di johor dan Selangor. Cerita yang di lakonkan ialah dari epik Mahabharata danjuga epik Ramayana. Alat2 muzik yang mengiringi permainan wayang purwa di panggil gamelan dan nadanya pula slendro.

Alat gamelannya terdiri dari:

- Gong agong - 1 buah

- Gong suwukan - 1 buah

- Kempul - 5 biji

- Kenong - 5 biji

- Gender - 1 atau 2 set

- Slentem - 1 set

- Saron Demung - 1 set

- Saron Barung - 1 set

- Saron Penerus - 1 set

- Gambang - 1 set

- Bonang - 2 set (Barung dan penerus)

- Rebab - 1 batang

- Gendang - 3 biji (Gede, wayangan, ketipung)
Secara keseluruhannya, saya amat berminat dengan wayang kulit. saya berharap kursus ini dapat menambah kan ilmu pengetahuan saya dari segi seni wayang kulit. Wasalamualaikum w.t.b.

Teruskan Membaca...

MINGGU 3 REFLEKSI JURNAL

Asalamualaikum w.t.b dan salam sejahtera kepada semua. Saya akan menerangkan serba sedikat yang saya faham dalam kuliah ke 3 lepas. Dalam kuliah ini saya telah mempelajari beberapa aspek. Yang pertama, pengetahuan dalam konsep-konsep baharu seperti adaptasi dan idiosinkretik melalui pemahaman alatan muzik tradisional. Penjelasan mengenai dua konsep ini memudahkan pemahaman saya dalam mengkasifikasikan alat-alat muzik tradisional Malaysia.

Dalam aspek ini, alat muzik adalah sesuatu bersifat adapatasi dan idiosikretik dimana, penggunaannya adalah berasakan kepada kesesuaian dalam kehidupan sesuatu masyarakat dan ada unsur tersendiri. Permainan alat muzik dari setiap negara adalah berbeza dan mempunyai identity tersendiri walaupun pemakaian alat muzik yang sama. Antaranya seperti permainan alat muzik gamelan Indonesia. Kaedah yang digunakan adalah sedikit berbeza walaupun penggunaan alat muzik gamelan yang sama.

Untuk pengetahuan semua, ciri-ciri utama dalam muzik tradisional Malaysia terbahagi kepada dua iaitu Tradisi Besar dan Tradisi Kecil. Tradisi besar adalah budaya klasik atau istana, manakala Tradisi kecil pula ilah budaya rakyat. Antara ciri-ciri tersebut ialah bentuk seni lakon utama, bentuk tarian utama, ensemble genderang, vokal dan instrumental solo, ensemble sosial popular, dan ensemble lain. Muzik juga mempunyai kategori utama iaitu Muzik rakyat, Muzik Klasik, Muzik Sinkretik, dan Muzik Kontemporari.

Saya cukup berminat dengan tajuk vokal dan instrumental solo. vokal dan instrumental solo melibatkan seluruh aspek masyarakat. Muzik ini tersebar secara sastera lisan melalui nyanyian dan genealogi kalangan kaum. Muzik ini juga mennjolkan daya kreatif dan kemahiran gaya hidup masyarakat. Antara contoh muzik vokal adalah zikir, lagu menyambut tetamu (kayan), pantun dan banyak lagi. Muzik instrumental solo pula ialah organ mulut (keluri, sompoton, seruling, suling, nabat), zither (krem, satong, kecapi, sapeh, sudatang, gagayan). Muzik ensembel sosial popular merupakan muzik hiburan keramaian dan majlis perayaan.

Muzik ini menghasilkan muzik sinkretik yang mengiringi tarian ronggeng,nyanyian dalam keroncong dan Ghazal, berbalas pantun seperti dondang sayang dan dikir barat. Muzik ini merupakan cantuman muzik temapatan dengan muzik budaya luar, contohnya lagu seperti dondang sayang, keroncong, dikir barat dan sebagainya. Ciri yang terakhir iaitu muzik bentuk lain atau muzik selain daripada yang dibincangkan tadi. Terdapat pelbagai genre muzik yang belum diselidik, didokumentasi dan dianalisis secara mendalam. terdapat pelbagai lagi genre muzik dan bentuk seni lakon yang terdapat di Malaysia.

Secara keseluruhannya, saya telah mempelajari banyak benda dalam kuliah ini. Banyak benda yang baru telah saya perolehi serta kursus ini membuka mindah saya untuk mengetahui lebih banyak lagi tentang muzik tradisional di malaysia mahupun di luar negar.
Teruskan Membaca...

Sunday, July 25, 2010

MINGGU 2 REFLEKSI JURNAL

Assalamualaikum W.T.B dan salam satu Malaysia kepada semua para pembaca. Pada 21 Julai 2010, minggu kedua kuliah, banyak yang telah saya pelajari dari kursus SMP 2252 Muzik Tradisional yang dikendalikan oleh En. Amran yang begitu menarik perhatian saya.

Walaupun dalam keadaan yang kurang selesa dan terpaksa duduk di atas lantai, tetapi saya tetap tidak jemu dengan apa yang diperkatakan oleh beliau. Pada kuliah minggu yang ke dua saya diajar tentang apa itu soundscape, budaya muzik, sejarah, kategori alat muzik, serta konsep / struktur.

Sebelum ini saya tidak pernah dengar dan tahu mengenai soundscape. Setelah diterangkan oleh En. Amran barulah saya mengetahui makna soundscape iaitu dibahagikan kepada dua iaitu sound adalah suara atau bunyi manakala scape pula adalah pemandangan.

Sebelum ini saya hanya mendengar muzik tanpa menilai apa sebenarnya yang tesirat dalam muzik tersebut. Bagi saya muzik itu bukan sahaja dimainkan dengan menggunakan alat muzik sahaja, tetapi alat atau benda yang ada di persekitaran kita juga boleh di jadikan sebagai muzik. Contohnya buluh, pen, kertas, dan sebagainya boleh dimainkan membentuk satu suara yang unik.

Budaya muzik pula. Budaya muzik di pengaruhi oleh budaya sesuatu masyarakat itu sendiri. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis kaum, oleh itu, budaya muzik di Negara kita juga dipengaruhi oleh masyarakat-masyarakat tersebut. Contohnya budaya muzik Melayu, Cina dan India serta budaya muzik di Sabah dan Sarawak.





Muzik Sabah.





Muzik Sarawak.





Muzik Melayu.

Kuliah di teruskan lagi dengan mempelajari jenis-jenis alat muzik. Terdapat empat jenis alat muzik.

  1. Kordofon - alat yang mengeluarkan bunyi dengan adanya getaran pada tali yang ditegangkan.alat-alat muzik seperti rebab dan sape tergolomg dalam ketagori ini.

  1. Membranofon – alat yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membran yang ditegang dan di palu.

  1. Aerofon – Alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara.

  1. Idiofon – Alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindak balas pada rangka badan yang bergema.

Konsep muzik terdapat 6 kategoi iaitu melodi, ritma, harmoni, bentuk, notasi dan ekspresi. Bagi memudahkan pemahaman kita, kita boleh mengikut ritma atau tempoh sesuatu lagu tersebut dengan menepuk tangan. Dengan cara ini kita akan lebih mudah memahami maksud ritma atau tempoh itu sendiri.

Akhir sekali, Saya berharap pada minggu yang akan datang saya akan dapat lebih banyak pengetahuan tentang pembelajaran kursus SMP 2252 Muzik Tradisional.. Wasalamualaikum W.T.B.

Teruskan Membaca...

Thursday, July 15, 2010

BIODATA


NAMA

SYAHARIEETINS BIN JAUTIN

NO MATRIK

D20082034080

PROGRAM

PENDIDIKAN MUZIK

KUMPULAN

B

SEMESTER

4

SUBJEK

SMP 2252 – MUZIK TRADISIONAL MALAYSIA

E-MAIL

SyaH_HeeRa88@yahoo.com

ALAMAT BLOG

http://smp2252syahrieetins.blogspot.com

NEGERI ASAL

SABAH

Teruskan Membaca...
 

Blog Pelajar Kump. A

Blog Pelajar Kump. B

Blog Pelajar Kump. C

SMP2252 Syahrieetins Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template