Sunday, July 25, 2010

MINGGU 2 REFLEKSI JURNAL

Assalamualaikum W.T.B dan salam satu Malaysia kepada semua para pembaca. Pada 21 Julai 2010, minggu kedua kuliah, banyak yang telah saya pelajari dari kursus SMP 2252 Muzik Tradisional yang dikendalikan oleh En. Amran yang begitu menarik perhatian saya.

Walaupun dalam keadaan yang kurang selesa dan terpaksa duduk di atas lantai, tetapi saya tetap tidak jemu dengan apa yang diperkatakan oleh beliau. Pada kuliah minggu yang ke dua saya diajar tentang apa itu soundscape, budaya muzik, sejarah, kategori alat muzik, serta konsep / struktur.

Sebelum ini saya tidak pernah dengar dan tahu mengenai soundscape. Setelah diterangkan oleh En. Amran barulah saya mengetahui makna soundscape iaitu dibahagikan kepada dua iaitu sound adalah suara atau bunyi manakala scape pula adalah pemandangan.

Sebelum ini saya hanya mendengar muzik tanpa menilai apa sebenarnya yang tesirat dalam muzik tersebut. Bagi saya muzik itu bukan sahaja dimainkan dengan menggunakan alat muzik sahaja, tetapi alat atau benda yang ada di persekitaran kita juga boleh di jadikan sebagai muzik. Contohnya buluh, pen, kertas, dan sebagainya boleh dimainkan membentuk satu suara yang unik.

Budaya muzik pula. Budaya muzik di pengaruhi oleh budaya sesuatu masyarakat itu sendiri. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis kaum, oleh itu, budaya muzik di Negara kita juga dipengaruhi oleh masyarakat-masyarakat tersebut. Contohnya budaya muzik Melayu, Cina dan India serta budaya muzik di Sabah dan Sarawak.





Muzik Sabah.





Muzik Sarawak.





Muzik Melayu.

Kuliah di teruskan lagi dengan mempelajari jenis-jenis alat muzik. Terdapat empat jenis alat muzik.

  1. Kordofon - alat yang mengeluarkan bunyi dengan adanya getaran pada tali yang ditegangkan.alat-alat muzik seperti rebab dan sape tergolomg dalam ketagori ini.

  1. Membranofon – alat yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membran yang ditegang dan di palu.

  1. Aerofon – Alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara.

  1. Idiofon – Alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindak balas pada rangka badan yang bergema.

Konsep muzik terdapat 6 kategoi iaitu melodi, ritma, harmoni, bentuk, notasi dan ekspresi. Bagi memudahkan pemahaman kita, kita boleh mengikut ritma atau tempoh sesuatu lagu tersebut dengan menepuk tangan. Dengan cara ini kita akan lebih mudah memahami maksud ritma atau tempoh itu sendiri.

Akhir sekali, Saya berharap pada minggu yang akan datang saya akan dapat lebih banyak pengetahuan tentang pembelajaran kursus SMP 2252 Muzik Tradisional.. Wasalamualaikum W.T.B.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump. A

Blog Pelajar Kump. B

Blog Pelajar Kump. C

SMP2252 Syahrieetins Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template