Tuesday, August 3, 2010

MINGGU 3 REFLEKSI JURNAL

Asalamualaikum w.t.b dan salam sejahtera kepada semua. Saya akan menerangkan serba sedikat yang saya faham dalam kuliah ke 3 lepas. Dalam kuliah ini saya telah mempelajari beberapa aspek. Yang pertama, pengetahuan dalam konsep-konsep baharu seperti adaptasi dan idiosinkretik melalui pemahaman alatan muzik tradisional. Penjelasan mengenai dua konsep ini memudahkan pemahaman saya dalam mengkasifikasikan alat-alat muzik tradisional Malaysia.

Dalam aspek ini, alat muzik adalah sesuatu bersifat adapatasi dan idiosikretik dimana, penggunaannya adalah berasakan kepada kesesuaian dalam kehidupan sesuatu masyarakat dan ada unsur tersendiri. Permainan alat muzik dari setiap negara adalah berbeza dan mempunyai identity tersendiri walaupun pemakaian alat muzik yang sama. Antaranya seperti permainan alat muzik gamelan Indonesia. Kaedah yang digunakan adalah sedikit berbeza walaupun penggunaan alat muzik gamelan yang sama.

Untuk pengetahuan semua, ciri-ciri utama dalam muzik tradisional Malaysia terbahagi kepada dua iaitu Tradisi Besar dan Tradisi Kecil. Tradisi besar adalah budaya klasik atau istana, manakala Tradisi kecil pula ilah budaya rakyat. Antara ciri-ciri tersebut ialah bentuk seni lakon utama, bentuk tarian utama, ensemble genderang, vokal dan instrumental solo, ensemble sosial popular, dan ensemble lain. Muzik juga mempunyai kategori utama iaitu Muzik rakyat, Muzik Klasik, Muzik Sinkretik, dan Muzik Kontemporari.

Saya cukup berminat dengan tajuk vokal dan instrumental solo. vokal dan instrumental solo melibatkan seluruh aspek masyarakat. Muzik ini tersebar secara sastera lisan melalui nyanyian dan genealogi kalangan kaum. Muzik ini juga mennjolkan daya kreatif dan kemahiran gaya hidup masyarakat. Antara contoh muzik vokal adalah zikir, lagu menyambut tetamu (kayan), pantun dan banyak lagi. Muzik instrumental solo pula ialah organ mulut (keluri, sompoton, seruling, suling, nabat), zither (krem, satong, kecapi, sapeh, sudatang, gagayan). Muzik ensembel sosial popular merupakan muzik hiburan keramaian dan majlis perayaan.

Muzik ini menghasilkan muzik sinkretik yang mengiringi tarian ronggeng,nyanyian dalam keroncong dan Ghazal, berbalas pantun seperti dondang sayang dan dikir barat. Muzik ini merupakan cantuman muzik temapatan dengan muzik budaya luar, contohnya lagu seperti dondang sayang, keroncong, dikir barat dan sebagainya. Ciri yang terakhir iaitu muzik bentuk lain atau muzik selain daripada yang dibincangkan tadi. Terdapat pelbagai genre muzik yang belum diselidik, didokumentasi dan dianalisis secara mendalam. terdapat pelbagai lagi genre muzik dan bentuk seni lakon yang terdapat di Malaysia.

Secara keseluruhannya, saya telah mempelajari banyak benda dalam kuliah ini. Banyak benda yang baru telah saya perolehi serta kursus ini membuka mindah saya untuk mengetahui lebih banyak lagi tentang muzik tradisional di malaysia mahupun di luar negar.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump. A

Blog Pelajar Kump. B

Blog Pelajar Kump. C

SMP2252 Syahrieetins Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template