Saturday, October 30, 2010

MINGGU 13 REFLEKSI JURNAL

Kita bersama lagi dalam minggu ke-13 kuliah. Assalamualaikum w.t.b… di sini saya ingin memberitahu tentang apa yang telah saya pelajari dalam kursus SMP 2252 dan mengulas apa yang saya pelajari sepanjang kursus ini.

Seperti yang kita semua sedia maklum, subjek ini bukan sahaja mengajar dan memberi kita banyak ilmu malahan turut menjadikan kita seorang pelajar yang bergelar guru tentang cara-cara untuk membuat blog justeru menggunakan blog sebagai perantara untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh En Amran setiap minggu. Ternyata kaedah pengajaran yang diterapkan oleh En Amran ini berjaya membuatkan kami semua celik IT dan sentiasa peka terhadap apa jua tugasan yang diberikan. Sememangnya menyiapkan tugasan melalui blog ini tidak langsung memberi bebanan kepada saya selepas saya telah mahir dalam penggunaan blog ini.

Secara jujurnya, saya langsung tidak mengetahui tentang pengunaan blog. Walaupun pada mulanya saya merasakan muzik tradisional ini tidak kena pada tajuknya, maksud saya. Saya pernah bercerita dengan kawan-kawan sekelas dan bertanya pada mereka adakah kelas ini kelas muzik tradisional ataupun kelas blog, tetapi pada akhirnya saya rasa sungguh bertuah kerana kelas ini bukan sahaja dapat memberi banyak ilmu tentang kursus, tapi dapat memperkenalkan kepada saya suatu system pembelajaran yang baru dalam pengunaan IT dalam pendidikan dan juga dapat mempelajari banyak tentang blog.

Oleh yang demikian. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada EN. AMRAN yang telah memberi banyak tunjuk ajar kepada kami semua. Akhir kata, saya sangat tertarikh dengan pengajaran yang telah di dedahkan oleh beliau.

Wasalamualaikum w.t.b…

1 comments:

bancha on October 30, 2010 at 9:12 PM said...

Bagaimana dengan hasil pembelajaran dan isi kandungan pengajaran.

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump. A

Blog Pelajar Kump. B

Blog Pelajar Kump. C

SMP2252 Syahrieetins Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template