Assalamualaikum w.t.b. sekarang ini kita telah masuk minggu ke-12 kuliah. Kuliah minggu ini menceritakan tentang gendang 24 musim. Dalam laman ini saya akan menceriitakan tentang gendang 24 musim.
Gendang 24 musim ini diasaskan oleh seorang guru muzik Encik Chen Wei Chong di Johor Bharu pada 12 jun 1988. Gendang 24 musim ini diimport atau dibeli dari Negara Cina dan nama musim itu ditulis pada gendang dengan tulisan kaligrafi china. Gendang 24 musim ini dikaitkan mengikut kalendar Cina dan mempunyai kaitan dengan jadual pekerjaan petani di negara China. Selain itu, gaya persembahan yang ditonjolkan juga ternyata berbeza di mana semasa persembahan, pemain drum akan memakai kostum tradisional lelaki cina dan mereka juga turut menggunakan prop lain seperti topeng, bendera bewarnawarni dan kain panjang yang berwarna. Gendang ini juga turut dipersembahkan dalam majlis-majlis kerajaan.
Gendang ini merupakan sebuah gendang besar yang berbentuk tong dan terdapat pelbagai benda lain di dalam gendang tersebut. Walaupun ianya adalah gendang, tetapi cara memainkannya adalah berbeza dengan gendang biasa iaitu, gendang ini tidak dipukul menggunakan tangan malahan dipukul dengan mengguakan dua pemukul kayu agar dapat mengeluarkan bunyi yang kuat dan jelas.
Sekian… wasalamualaikum w.t.b…

0 comments:
Post a Comment