Monday, August 16, 2010

MINGGU 5 REFLEKSI JURNAL

assalamualaikum w.t.b. pada minggu ini saya telah mempelajari satu lagu jenis kesenian tradisional iaitu gamelan dan caklempong. pembelajaran minggu ini banyak menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya tentang gamelan dan caklempong. walaupun sebelum ini saya pernah memaikan alatan dalam gamelan dan caklempong, tetapi saya tidak berkempatan untuk mempelajari kesenian ini dengan lebih mendalam lagi. di sini saya akan menceritakan serba sedikit tentang sejarah kemasukan gamelan ke tanah melayu dan jenis alatan muziknya.

Sejarah Kemasukan Gamelan

Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan.

Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.

Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan.

Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri.

Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Trg yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".

Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.

Pengenalan alat muzik gamelan melayu

Ensemble Gamelan Melayu terdiri daripada 7 alat utama:

1. Bonang

Dikenali juga sebagai Keromong. Diistilahkan sebagai gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu'. Merupakan alat melodi utama. Mengandungi 2 oktafyang berlaras "anhemitomik pentatonik" dan disongsangkan.Secara fizikalnya alat ini mempunyai bentuk seperti kendi dan sifat bunyinya "dengung". Dalam bahasa jawa bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagai "Wedok" manakala yang beroktaf tinggi dikenali sebagai "Lanang".Ianya menggunakan sistem notasi angka yang dikenali sebagai "French Cheve System" sempena nama pengasasnya iaitu Dr Emile Cheve dari Peranchis.

2. Gambang

Terdiri daripada bilah-bilah kayu yang disusun mengikut pic yang diatur diatas kotak kayu yang berfungsi sebagi Kotak Gema (resonator). Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong yang dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi yang lebih mantap. Ia mengandungi beberapa oktafyang dijadikan sebagai alat melodi.Menggunakan 2bilah alat pemukul khas bagi menghasilkan bunyi.

3. Saron Pekin

Dikenali juga sebagi saron penerus. Seabagai alat melodi yang menggandakan melodi pokok.Dalam permainan ini teknik perdam dan cincang sering digunakan dan mampu menghasilkan suara yang lantang dan nyaring. Alat pemukul diperbuat daripada tanduk kerbau.

4. Saron Barong

Mempunyai bentuk yang hampir sama dengan saron penerus. Juga berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan cincang. Alat pemukul diperbuat dari jenis kayu yang lembut.

5. Kenong.

Diperbuat daripada perunggu dan sebagai alat kolotomik yang dominan dalam rangkaian Gamelan Melayu di Malaysia.

6. Gendang

Berperanan sebagai peyokong irama. Merupakan jenis gendang dua muka seperti tempayan. Ia dipukul dengan kedua belah tangan dan mampu menghasilkan suaramnemonik asas seperti "doh" pada permukaan besar dan mnemonik "tak'pada permukaan kecil.

7. Gong

Dalam Ens Muzik Gamelan Melayu terdapat 2 buah gong digunakan iaitu gong Agung dan gong Suwukan.

Sejarah Kemasukan caklempong

Muzik tradisional caklempong dibawa ke Malaysia oleh orang-orang Minangkabau yang menetap di Negeri Sembilan seawal abad ke-14'. Semenjak dari itu, tradisi caklempong yang berkembang di Malaysia terus mendapat pengaruh daripada tradisi Minangkabau di Surnatera. Dahulunya, caklempong bukan sahaja dimainkan sebagai hiburan kepada masyarakat umum tetapi juga semasa istiadat penabalan sultan. Hari ini caklempong dimainkan untuk pelbagai upacara termasuklah upacara rasmi negeri dan perayaan kebudayaan seperti upacara perkahwinan.

Muzlk caklempong juga turut mengiringi pencak silat, tarian lilin, tarian piring dan tafian inai. Muzik ini juga terdapat dalarn drama tari randai. Dalarn sesebuah persembahan randai yang biasa dipersembahkan suatu masa rehat diberi kepada ahli kumpulan persembahan untuk mereka berehat. Pada kebiasaannya, jangka masa ini diisikan dengan lawak jenaka atau persembahan ensembel caklempong untuk mengekalkan perhatian para penonton.

Caklempong adalah alat muzik tradisional dari keluarga ideofon yang menggunakan skel diatonik. . Kini, caklempong ialah muzik tradisional warisan bangsa kebanggaan negara kita. Caklempong dimainkan melalui 3 jenis posisi iaitu, Cara Tegak - Bermain secara berdiri dimana bonang diletakkan di dalam tepak berkaki, Cara Duduk - Bermain sambil bersila tanpa tepak berkaki dan Pacik - Bermain sambil berjalan atau berarak seperti bermain kompang. Sebarang lagu kesukaan mana-mana daerah di Malaysia dan juga lagu masa kini boleh dimainkan mengikut rentak Caklempong.

Untuk majlis perasmian ,Caklempong selalunya digunakan sebagai muzik iringan di dalam sesuatu pertunjukkan silat atau tarian. Ianya digunakan juga di dalam majlis Diraja seperti istiadat pertabalan dan juga majlis keraian korporat. Di dalam majlis perkahwinan pula, Caklempong dipersembahkan untuk memeriahkan lagi upacara persandingan pengantin. Di dalam tradisi dahulukala, muzik tradisional seperti Caklempong memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian mereka. Selain daripada sumber hiburan, muzik ini juga dapat menyatupadukan masyarakat dan penduduk setempat.


Pengenalan alat muzik caklempong

1. Gereteh

Caklempong Gereteh terdiri daripada 15 biji bonang yang disusun dalam nada C Major satu oktaf, termasuk 7 not pilihan. Seelok-eloknya satu Ensembel Caklempong mempunyai dua set Gereteh supaya Gereteh yang kedua dapat memainkan kaunter melodi.

2. sauwa / tingkah

Caklempong Sauwa mempunyai lapan biji bonang. Bentuknya sama sahaja dengan Caklempong Tingkah. Bonang Sauwa diketuk mengikut corak irama ostinato dan bergerak mengikut kod melodi. Corak irama ostinato yang sesuai hendaklah terlebih dahulu diajarkan kepada pemain Sauwa. Notasi Caklempong Tingkah dan Sauwa tidak disediakan, hanya kod blok sahaja disediakan. Notasi untuk Sauwa bermula dari not E rendah (satu oktaf di bawah notasi Gereteh). Tingkah pula terdiri daripada lapan biji bonang yang bermula dari not E, F, G, A, Bb, B, C dan D. Permainan bonang tingkah banyak tertumpu kepada pengawalan rentak dan menghasilkan irama mengikut pukulan gendang. Ketukannya hanya melalu dan mudah dimainkan.


3. Gendang ibu dan gendang anak

Gendang mempunyai dua saiz. Gendang ibu lebih kurang 2 sentimeter lebih besar daripada gendang anak. Baluh berbentuk cembung dan dua muka kulit gendang diperbuat daripada kulit kambing atau lembu yang diikat pada baluh dengan tali. Muka kulit gendang dipukul dengan tangan oleh dua orang pemain untuk menghasilkan rentak terhasil (resultant rhythmic pattern) melalui teknik permainan bertingkah


4. Bangsi dan serunai

Serunai, Pupuik. Alat muzik erofon yang terdapat dalam ensembel caklempong tradisional sama ada bangsi (berbentuk rekorder, lebih kurang 17 sentimeter panjang) atau serunai (paip pelidah), atau pupuik (alat tiupan jenis pelidah daripada golongan daun kelapa. Bangsi diperbuat daripada buluh dengan 7 lubang jari yang dapat menghasilkan skel 7 pic yang berpadanan dengan nada gereteh caklempong.Serunai diperbuat daripada sebatang buluh yang kecil yang panjangnya lebih kurang 17 sentimeter. Di samping itu sebuah paip buluh yang lebih kecil berukuran 6 sentimeter dan mempunyai pelidah dimasukkan ke dalam hujung serunai. Serunai mempunyai 4 lubang jari dan menghasilkan muzik berasaskan skel pentatonik.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump. A

Blog Pelajar Kump. B

Blog Pelajar Kump. C

SMP2252 Syahrieetins Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template