Assalamualaikum w.t.b
Tanpa disedari, kita telah masuk di minggu ke 11. Hari ini pembentangan wayang kulit telah di persembahkan. Saya seronok mendengar hasil pembentangan dari kumpulan ini, mereka dapat memikat hati pendengar dan juga dapat menghiburkan para pelajar dengan gelagat mereka.
Di sini, saya akan bercerita serba sedikit tentang jenis-jenis wayang kulit. Di Malaysia sahaja terdapat empat jenis persembahan wayang kulit iaitu Wayang Kulit Melayu, Wayang Kulit Gedek, Wayang Kulit Purwa (atau Wayang Kulit Jawa) dan Wayang Kulit Kelantan (atau Wayang Kulit Siam). Kesemua empat jenis wayang kulit ini hanya boleh ditemui di Semenanjung Malaysia.
Wayang Kulit Melayu Kelantan dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani, Selatan Thailand. Ceritanya berdasarkan Hikayat Ramayana dan penglipur lara tempatan. Watak-watak wayang kulit ini menggunakan loghat Kelantan. Antara watak penting ialah Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi, Maharaja Rawana dan Laksamana.
Wayang Kulit Jawa dikatakan berasal dari Wayang Kulit Purwa Jawa, Pulau Jawa, Indonesia. Patung-patungnya membawa watak dari cerita Mahabratha dan cerita-cerita Panji. Wayang kulit ini diperkenalkan ke negeri Kelantan pada 1834 oleh seorang tok dalang Melayu selepas mempelajari teknik-teknik Tok Dalang di Pulau Jawa. Watak wayang kulit ini ialah Sang Kula, Raden Galoh Cendera Kirana, Arjuna, Sang Dewa dan Raden Inu Kartapati.Wayang Kulit Purwa terkenal di kawasan selatan Semenanjung Malaysia. Ia menggunakan loghat Jawa. Wayang Gedek terkenal di Kedah dan Perlis. Ia menggunakan loghat utara (kedah-Perlis). Dua watak utama ialah Etong dan Ekau. Wayang jenis ini menggunakan patung yang berpakaian moden seperti kebaya pendek.
Akhir kata, selamat maju jaya kepada kumpulan yang belum lagi membuat pembentangan. Sekian…. Wasalamualaikum w.t.b…

2 comments:
Mungkin jika awak lebih serius, jurnal refleksi awak akan lebih menarik dengan penambahan beberapa fakta dan gambar. Kalau pun awak tidak mahu menulis fakta yang dibentangkan mungkin awak boleh mengulas mengenai isi yang dibincangkan.
Memang best tajuk wayang kulit ni.Tambahan pula diserapkan unsur-unsur komedi.
Post a Comment